Jumaat, 7 Oktober 2011

Name2 tempat Yang Unik di Daerah Temerloh..

Kalau post yg lalu,koi ade memperkenalkan Daerah Temerloh dan Loghat Temerloh kan..Haaaaa..Skang ni koi nak citerkan dan bitau aokme hak tatau pasal Daerah Temerloh nie...

Di Daerah Temerloh ini terdapat banyak tempat2 yang namanya cukup "Unik"..Koi rase,kalau org yang x pernah tahu lagi name2 tempat nie mmg leh jadi bahan ketawa je lah..

Kat bawah ni ade senarai name2 tempat/kampung yang agak Unik namenye di Daerah Temerloh nie.. :)



Ni namenye...

Berhala Gantang
Berhala Kapas
Buntut Pulau
Busut Jin
Mambang Berulang
Kubang Gajah
Paya Angut
Paya Ara
Paya Badak
Paya Bali
Paya Banir
Paya Baru
Paya Batu
Paya Bertam
Paya Besar
Paya Bidara
Paya Chantek
Paya Chatin
Paya Chau
Paya Cherok
Paya Dalam
Paya Dedalu
Paya Gunung
Paya Japan
Paya Jauh
Paya Jejawi
Paya Jonggok
Paya Kechik
Paya Kechik Hilir
Paya Kechik Hulu
Paya Keladan
Paya Kelebor
Paya Kemuning
Paya Ketapi
Paya Kubu
Paya Kumbah
Paya Kuin
Paya Laman
Paya Lintah
Paya Lintang
Paya Londang Rusa
Paya Luas (Mukim Jenderak)
Paya Luas (Mukim Perak)
Paya Me'ei
Paya Mendoi
Paya Mengkuang
Paya Muring
Paya Mutan
Paya Pamah
Paya Panjang
Paya Parit
Paya Pelong
Paya Penak
Paya Perak
Paya Petai
Paya Pulai
Paya Pulai Tengah
Paya Pulau
Paya Rambai
Paya Rekoh
Paya Salak
Paya Sebelah
Paya Sendayan
Paya Siak
Paya Siput
Paya Sok
Paya Tambang
Paya Taram
Paya Teberau
Paya Teluk Sabak
Paya Terap
Paya Teratai

Ok.. :)

Daerah Temerloh , Loghat Temerloh...

Hai semua..Kita berjumpa lagi dalam belog koi nie..Hari ni koi nak cerita sikit pasal Daerah Temerloh dan ngajor aokme loghat Temerloh..

Koi = Saya
Aokme = Korang,Uolls,kamu semua..

Temerloh adalah satu daerah di tengah - tengah Negeri Pahang..Daerah ini amat Popular dengan Ikan Patin dan masakan rasminya "Ikan Patin Masak Tempoyak"..


Ni kat Esplanade Temerloh..



Gerai Pak Usop ujung skali tu..


Kat Temerloh ni,masakan ikan patin tempoyak ni popular di Gerai Pak Usop..Gerai ni di benteng Temerloh berhampiran Sungai Pahang dan Esplanade Temerloh..


Ni ikan Patin Masak Tempoyak..

Kat sini ramai penduduk2 di sini meniaga Ikan Patin dengan memasang Sangkar di sungai..Sumber Utama bagi orang2 kampung yang duduk di tepi sungai Pahang di Temerloh ni adalah Ikan Patin Sangkar lah..


Haaaa..ni pakcik tengah bagi ikan patin makan..


Ni signboard kalau org tu Jual Ikan Patin..Signboard die atas tebing sungai..




Sebelum ini,bandar Temerloh telah di slogankan sebagai "Temerloh Bandar Ikan Patin..




Haaaa..Ni signboard yang menyatakan Temerloh ni Bandar Ikan Patin...


Kini Temerloh telah di kaji oleh orang keje ape tah,die mengisytiharkan bahawa Temerloh adalah Titik Tengah Semenanjung..Okay tenkiu.. :_

di bawah ni adalah serba sedikit loghat2 Temerloh yang aokme seme boleh belajar yak.. :)

‎~ Loghat Temerloh ~

Aki = atok
Aokme = korang
Awok/aok = awak
Bah = banjir
Bahan = pukul
Bedo'oh = tipu
Bedo'oh amat = tipu sangat
Bubuh = letak
Ceklat getoh = chewing gum
Copair = tepi sangat
Deme = diaorang
Garas = gosok/sental
Gebor = selimut
Gedik = menunjukkan seorang perempuan yg mengada-ngada
Gone = macam mana
Gonyoh = sental kuat-kuat
Habat = pengotor
Hampas = tak berguna
Jenuh = puas
Keknye = tapinya
Kehot = letih, sengal
Koi = saya
Lantak = biar
Membute = tidor
Mereloh = tidor
Meronoh = buang air besar
Moh = jom
Ngape = kenapa
Rege = harga
Sepolit = tinggal sedikit
Sewe = sewel
Siniha = di sini
Situho = di sana
Sokmo = selalu
Sontok = maksima
Tak cakne = tak prihatin
Terkancaih = terkejut
Tohor = cetek
Wan = nenek

Loghat2 Temerloh ini juga ade bercampur dengan loghat2 dari negeri Perak dan Terengganu koi rase..Jadi,boleh la belajor kat sini..Huhuhuh..Nanti kalau ade lagi,koi update lagi loghat2 gini..Pasni koi nulis blog gune loghat Temerloh lah..Kalau aokme tak paham,aokme leh la rujuk Kamus kat atas ni..Hohoh..Ok...Sampai ketemu lagi.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...